Selasa, Mac 26, 2013

Montaj

Montaj dihasilkan dengan memotong gambar-gambar daripada pelbagai sumber pilihan. Potongan gambar itu disusun atur untuk menghasilkan gubahan menarik. warnakan bahagian latar gubahan yang masih kosong supaya kelihatan lengkap dan menarik. Menampal gambar-gambar pada suatu permukaan harus dilakukan secermat mungkin agar gambarnya menarik dan Nampak seumpama semula jadi. Ringkasnya, montaj dihasilkan melalui gabungan gambar tampalan dengan catan. 
 
Bahan montaj yang disediakan ini terdiri daripada gambar-gambar dalam majalah dan cat air. Gambar pokok merupakan montaj, manakala warna hijau bukit adalah cat air.

Isnin, Mac 25, 2013

Gosokan

Gosokan merupakan satu teknik menghasilkan corak lukisan catatn. Teknik ini dilakukan dengan cara menggosok kertas lukisan pada sesuatu permukaan bercorak yang dipilih. Gosokan boleh dilakukan dengan krayon, pensil warna atau pensil tulis. Gosokan boleh dilakukan pada permukaan kasar yang bercorak seperti permukaan duit siling, kayu, objek-objek bercorak kasar buatan manusia dan juga corak daripada alam semulajadi. Pelukis boleh melukis secara kasar corak atau bentuk yang dikehendaki sebelum menggosoknya pada corak pilihan.  Gambar ikan di sebelah digosok daripada permukaan duit siling.

Khamis, Mac 21, 2013

Kolaj Masjid

Kolaj merupakan salah satu teknik menghasilkan karya seni lukis. Kolaj dihasilkan melalui tampalan-tampalan bahan seperti pelbagai jenis bahan kertas, bahan-bahan buatan manusia dan bahan-bahan daripada alam semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan akan ditampal pada permukaan kertas hingga membentuk corak pilihan.
 
Kolaj juga boleh dihasilkan melalui susunan objek dan bahan yang dilekatkan pada permukaan kertas hingga menjadi satu gambar.
 
Kolaj masjid dalam gambar ini dihasilkan melalui bahan buatan manusia iaitu manik. Manik daripada warna dan bentuk telah disusun mengikut garis-garis yang ditetapkan hingga membentuk gambaran sebuah masjid.
 
Selamat mencuba menghasilkan kolaj.