Jumaat, Jun 26, 2015
Khamis, Jun 25, 2015
Isnin, Mei 25, 2015
Khamis, Februari 05, 2015
Jumaat, Januari 23, 2015
Rabu, Januari 21, 2015
Isnin, Januari 19, 2015
Jumaat, Januari 16, 2015
Selasa, Januari 13, 2015
Isnin, Januari 12, 2015
Jumaat, Januari 02, 2015
Sabtu, November 29, 2014
Kenangan Keluarga
Gambar ini tahun 1999. Afiq belum lahir lagi. Gambar kenangan abah menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu, dari Universiti Malaya) Kelas Pertama.
Semoga Afiq pun berjaya seperti abah.
Dalam gambar: Abah, mama dan Nur Mawardah (baris belakang), Mohd Nur Iqbal, Nur Syuhada, dan Nur Syahirah.
Isnin, Ogos 04, 2014
Nenek dan Cucunya
Nenek (Habsah binti Yaacob) dan cucunya, Muhammad Nur Iqbal semasa Hari Raya Aidilfitri 2014 di Kampung Tok Kah, Dungun. DAM2696 kereta Kancil Angah.
Selasa, Oktober 08, 2013
Sabtu, Ogos 24, 2013
Jumaat, Ogos 09, 2013
Isnin, Jun 17, 2013
Khamis, Jun 13, 2013
Isnin, Jun 10, 2013
Ahad, Mei 26, 2013
Jumaat, April 19, 2013
Tampalan
Ada dua teknik hasilan lukisan ini. Pertama, teknik tampalan cebisan kertas membentuk seekor ayam. Manakala teknik kedua ialah catan, iaitu melukis rumput-rumptan. Selamat mencuba.
Selasa, April 16, 2013
Cetakan
Bahan cetakan ini ialah batang daun pisang yang dipotong-potong, kemudian dicetak membentuk corak pilihan.
Selasa, Mac 26, 2013
Montaj
Montaj dihasilkan dengan memotong gambar-gambar daripada pelbagai sumber pilihan. Potongan gambar itu disusun atur untuk menghasilkan gubahan menarik. warnakan bahagian latar gubahan yang masih kosong supaya kelihatan lengkap dan menarik. Menampal gambar-gambar pada suatu permukaan harus dilakukan secermat mungkin agar gambarnya menarik dan Nampak seumpama semula jadi. Ringkasnya, montaj dihasilkan melalui gabungan gambar tampalan dengan catan.
Bahan montaj yang disediakan ini terdiri daripada gambar-gambar dalam majalah dan cat air. Gambar pokok merupakan montaj, manakala warna hijau bukit adalah cat air.
Isnin, Mac 25, 2013
Gosokan
Gosokan merupakan satu teknik menghasilkan corak lukisan catatn. Teknik ini dilakukan dengan cara menggosok kertas lukisan pada sesuatu permukaan bercorak yang dipilih. Gosokan boleh dilakukan dengan krayon, pensil warna atau pensil tulis. Gosokan boleh dilakukan pada permukaan kasar yang bercorak seperti permukaan duit siling, kayu, objek-objek bercorak kasar buatan manusia dan juga corak daripada alam semulajadi. Pelukis boleh melukis secara kasar corak atau bentuk yang dikehendaki sebelum menggosoknya pada corak pilihan. Gambar ikan di sebelah digosok daripada permukaan duit siling.
Khamis, Mac 21, 2013
Kolaj Masjid
Kolaj merupakan salah satu teknik menghasilkan karya seni lukis. Kolaj dihasilkan melalui tampalan-tampalan bahan seperti pelbagai jenis bahan kertas, bahan-bahan buatan manusia dan bahan-bahan daripada alam semulajadi. Bahan-bahan yang digunakan akan ditampal pada permukaan kertas hingga membentuk corak pilihan.
Kolaj juga boleh dihasilkan melalui susunan objek dan bahan yang dilekatkan pada permukaan kertas hingga menjadi satu gambar.
Kolaj masjid dalam gambar ini dihasilkan melalui bahan buatan manusia iaitu manik. Manik daripada warna dan bentuk telah disusun mengikut garis-garis yang ditetapkan hingga membentuk gambaran sebuah masjid.
Selamat mencuba menghasilkan kolaj.
Rabu, Januari 02, 2013
Isnin, Disember 17, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)