Rabu, Januari 25, 2012

Gambar Grafiti / Lukisan Grafiti Afiq


Teknik mengerak-gerakan kamera
Teknik mengerak-gerakan cahaya
Afiq suka bereksperimen. Salah satu idea eksperimennya ialah menghasilkan gambar atau lukisan bercahaya. Afiq menggunakan kamera dan cahaya telefon bimbit abah sebagai bahan eksperimen. Eksperimen ini adalah sebahagian daripada aktiviti khayalnya pada setiap hari. Katanya, gambar-gambar tersebut boleh dihasilkan melalui dua cara. Pertama, merakam cahaya dengan mengerak-gerakan kamera. Kedua, kamera statik, tetapi cahaya lampu digerak-gerakan.