Ahad, Disember 27, 2009

Mama


Ini Mama. Namanya Noraini binti Hasan. Mama pandai masak, pandai buat kueh. Afiq suka makan masakan mama. Sayang mama.

Abah

Ini abah Afiq. Namanya Maniyamin bin Ibrahim. Abah bekerja sebagai pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu. Sebelum ini abah berkhidmat di IPG Kampus Tuanku Bainun. Sebelum itu abah berkhidmat di SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur;  SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur;  dan SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur.

Watak Spiderman

Watak Spiderman antara watak-watak kartun diminati oleh Afiq. Setiap hari dia akan menggayakan tingkah watak-watak diminati itu, yang ditonton dalam tv. Kalau menghadap komputer, Afiq akan cari watak-watak kartun dalam internet. Memang pengaruh kartun sangat kuat dalam diri Afiq.

Abang Afiq

Ini gambar abang Afiq. Namanya Muhammad Nur Iqbal. Lahir di Pasir Puteh. Abang dapat 5A dalam UPSR. Sekarang belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Afiq juga teruja untuk mendapat 5A dan lebih baik daripada abangnya. 

Datuk Afiq i

Ini gambar datuk Afiq sebelah ibu. Namanya Hasan bin Che Lah (lelaki dewasa tengah).  Afiq tidak pernah bertemu dengannya. Malah, mamanya juga tidak pernah 'bersua' dengan ayahnya kerana Hasan Che Lah meninggal setika mama masih kecil. Gambar ini diperoleh daripada ibu saudara, Puan Norma binti Hasan di Felda Triang, pada tahun 2009.

Moyang Afiq


Ini moyang Afiq sebelah abah. Namanya Rokiah Said. Tinggal di Kampung Cherang Hangus. Namun, Afiq tidak pernah bertemu dengannya kerana moyang telah meninggal sekitar akhir tahun 1990-an, sedangkan Afiq lahir tahun 2003. Moyang meninggal di Makkah, sewaktu mengerjakan fardu haji. Semoga moyang ditempatkan dalam golongan kekasih Allah. Amin.

Nenek Afiq

Ini nenek Afiq sebelah abah. Namanya Habsah Yacob, berasal dari Cherang Hangus, Jelawat, Bachok, Kelantan. Sekarang nenek Afiq telah jadi warganegeri Terengganu dan tinggal di Kampung Tok Kah, Dungun, sejak tahun 1960-an lagi.

Afiq Ketika Berusia 6 Tahun

Jumaat, Disember 04, 2009

Afiq Bersama Aish

Kenangan bersama sepupu, Aish Zafran

Afiq di Puncak Grik




Bintang Kenangan


Afiq semasa di Tadika Perpaduan di Taman Kurnia Jaya, 2008

Rabu, Disember 02, 2009