Ahad, Disember 27, 2009

Moyang Afiq


Ini moyang Afiq sebelah abah. Namanya Rokiah Said. Tinggal di Kampung Cherang Hangus. Namun, Afiq tidak pernah bertemu dengannya kerana moyang telah meninggal sekitar akhir tahun 1990-an, sedangkan Afiq lahir tahun 2003. Moyang meninggal di Makkah, sewaktu mengerjakan fardu haji. Semoga moyang ditempatkan dalam golongan kekasih Allah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan