Sabtu, November 13, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah SK Dato' Hashim 2

Afiq menerima hadiah kecemerlangan daripada Naib Pengerusi PIBG SK Dato' Hashim 2 kerana memperoleh 4A 1B dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010 pada 13 November 2010.


Rabu, September 29, 2010

Wang Saku dan Wang Tabungan

Afiq membawa wang saku ke sekolah sebanyak RM2.00 sehari. Lazimnya, wang sebanyak itu tidak habis dibelanjakan. Setiap hari Afiq akan membawa balik baki wang antara RM1.50 - RM0.50. Ada kalanya sebanyak RM2.00. Wang itu disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan, antara dalam akaun Tabung Haji atau Bank Simpanan Nasional.

Afiq Melayari internet

Antara kegemaran Afiq sejak berumur 3 tahun ialah melayari internet. Dahulu Afiq gemar bermain pelbagai permainan dalam komputer. Kini, Afiq melayari komputer untuk menonton siri-siri kartun, robot dalam youtube, dan pelbagai permainan.

Ahad, September 26, 2010

Afiq Menyelamat Belangkas

Afiq telah menyelamat seekor belangkas yang tersangkut pada pukat nelayan. Ada dua ekor belangkas yang tersangkut. Seekor telah mati. Afiq melepaskan belangkas itu di Pantai Sabak, tempat yang jauh daripada kawasan nelayan.

Sabtu, September 18, 2010

Adik Afiq, Amin

Muhammad Nur Al-Amin lahir di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 12 November 2007 melalui pembedahan. Menurut doktor, berdasarkan rawatan dan dicatatkan pada kad rawatan ibu mengandung,  setelah diimbaskan imej (scan), Amin sepatutnya kembar. Malah, doktor melukis gambar bayi kembar pada kad berkenaan. Namun, pada saat hendak bersalin didapati hanya ada satu sahaja. Ke mana pergi seorang lagi tidak diketahui. 
 

Semasa mengandung ada alamat  agar ibunya memilih antara pending dengan kalung. Ibunya memilih pending.

Afiq Bersama Kakak, Angah

Khamis, September 16, 2010

Sabtu, Jun 19, 2010

Khamis, Mei 13, 2010

Khamis, Februari 11, 2010

Aksi Spider

RAMA-RAMA GUA MUSANG

Rama-rama ini dirakam pada waktu malam di Perhentian R & R Gua Musang. Terdapat banyak rama-rama jenis ini di sekitar surau, wakaf, tandas, dan gerai makan.

Khamis, Januari 28, 2010

Selasa, Januari 12, 2010

Jumaat, Januari 01, 2010

Ahad, Disember 27, 2009

Mama


Ini Mama. Namanya Noraini binti Hasan. Mama pandai masak, pandai buat kueh. Afiq suka makan masakan mama. Sayang mama.

Abah

Ini abah Afiq. Namanya Maniyamin bin Ibrahim. Abah bekerja sebagai pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu. Sebelum ini abah berkhidmat di IPG Kampus Tuanku Bainun. Sebelum itu abah berkhidmat di SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur;  SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur;  dan SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur.

Watak Spiderman

Watak Spiderman antara watak-watak kartun diminati oleh Afiq. Setiap hari dia akan menggayakan tingkah watak-watak diminati itu, yang ditonton dalam tv. Kalau menghadap komputer, Afiq akan cari watak-watak kartun dalam internet. Memang pengaruh kartun sangat kuat dalam diri Afiq.

Abang Afiq

Ini gambar abang Afiq. Namanya Muhammad Nur Iqbal. Lahir di Pasir Puteh. Abang dapat 5A dalam UPSR. Sekarang belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Afiq juga teruja untuk mendapat 5A dan lebih baik daripada abangnya. 

Datuk Afiq i

Ini gambar datuk Afiq sebelah ibu. Namanya Hasan bin Che Lah (lelaki dewasa tengah).  Afiq tidak pernah bertemu dengannya. Malah, mamanya juga tidak pernah 'bersua' dengan ayahnya kerana Hasan Che Lah meninggal setika mama masih kecil. Gambar ini diperoleh daripada ibu saudara, Puan Norma binti Hasan di Felda Triang, pada tahun 2009.

Moyang Afiq


Ini moyang Afiq sebelah abah. Namanya Rokiah Said. Tinggal di Kampung Cherang Hangus. Namun, Afiq tidak pernah bertemu dengannya kerana moyang telah meninggal sekitar akhir tahun 1990-an, sedangkan Afiq lahir tahun 2003. Moyang meninggal di Makkah, sewaktu mengerjakan fardu haji. Semoga moyang ditempatkan dalam golongan kekasih Allah. Amin.

Nenek Afiq

Ini nenek Afiq sebelah abah. Namanya Habsah Yacob, berasal dari Cherang Hangus, Jelawat, Bachok, Kelantan. Sekarang nenek Afiq telah jadi warganegeri Terengganu dan tinggal di Kampung Tok Kah, Dungun, sejak tahun 1960-an lagi.

Afiq Ketika Berusia 6 Tahun

Jumaat, Disember 04, 2009

Afiq Bersama Aish

Kenangan bersama sepupu, Aish Zafran

Afiq di Puncak Grik




Bintang Kenangan


Afiq semasa di Tadika Perpaduan di Taman Kurnia Jaya, 2008

Rabu, Disember 02, 2009

Isnin, November 30, 2009